Rabu, 6 November 2013

hatiku rapuh

assalamualaikum.. lama sudah aku tidak menjengah diari alam maya ini... hatiku rapuh... apa yang terjadi telah terjadi dengan ku selama ini.. ya aku mengalah untuk kebahagiaan orang yang cintai.. sakitnya hanya Allah yang tahu.. kadang2 ku fikirkan apa kah salah ku? apa kekurangan ku? apa yang telah ku lakukan? aku tidak sekuat khadijah ya Allah... hatiku rapuh... aku mengalah tapi hatiku tiada siapa yang tahu betapa aku kecewa dan terluka.. hubungan yang aku pertahankan... yang ku fikirkan memerlukan kesabaran yang tinggi musnah sekelip mata... aku lemah ya Allah... hatiku sakit teramat-amat sakit... aku mencari jawapan dan memohon dalam istikharah mu ya Allah ... aku temukan jawapan Mu... aku mengundur diri.. memang sakit tapi ku teruskan ya Allah.. ya Allah lindungi lah diri nya yang jauh dari ku... walau kami tidak pernah bersua ku tidak akan berdendam dengan nya ya Allah ... ku redha dengan apa yang berlaku...

awak saya maafkan awak dunia akhirat.. jaga diri baik2.. kalau ada jodoh kita kita akan bertemu lagi.. saya hanya mampu doakan awak dari jauh...

Jumaat, 5 Julai 2013

bawal kangaroo !!! harga berpatutan...

assalamualaikum... hari ni saya nak kongsi dengan semua... sesiapa yang berminat untuk membeli tudung bawal kangaroo boleh lah PM saya di http://www.facebook.com/norhamirah.ngatiman atau pun tinggalkan komen anda disini.... raya pun dah dekat.... tak salah kalau kita bergaya di hari raya...

sehelai RM15... 











ok gambar yang ada ni adalah display... kalau berminat hubungi saya di 0138956881 atau FB norhamirah ngatiman.... 

Ahad, 6 Januari 2013

hati kecil ini berbicara...

assalamualaikum...
sudah lama tidak ku kunjungi diari alam maya ku ini , aku berharap tak terlambat lagi untuk mengucapkan selamat tahun baru 2013.. kenangan di tahun 2012 tidak akan pernah ku lupakan. entry ku kali ini ku tulis kerana aku sendiri sering memikirkanya..

hati kecil ini berbicara...
Ya Allah layak kah aku menjadi seorang wanita solehah..
layak kah aku bergelar seorang anak yang taat..
layak kah aku menjadi seorang isteri yang solehah buat suami ku..
layakkah aku bergelar ahli syurga..

Ya Allah sungguh kerdil rasa hati ku ini...
aku tidak kuat mengharungi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan..
aku tidak kuat untuk menegakkan keadilan..
aku tidak kuat mempertahankan orang yang berada disekelilingku..

Ya Allah kuatkan lah hati nya mengharungi cabaran dan dugaan dalam hidup..
engkau pimpinlah hatinya agar mencintai ku kerana Mu..
engkau teguhkan lah kasih antara kami..
jadikanlah kami anak yang soleh dan solehah..
terangkan lah hati kami Ya Allah...
satukan lah cinta kami dalam lingkungan kasih Mu ya Allah..
jadikanlah dia Imamku yang membimbing ku ke arah Mu..
sesungguhnya kini dia lah yang terbaik untuk ku..
tidak mampu untuk ku melepaskan nya untuk mencari yang lebih baik..
kuatkan lah hati kami untuk menerima kebaikan dan keburukan masing-masing...
biarlah aku yang menjadi pelengkap kepada kekurangan nya
dan biarlah dirinya yang menjadi pelengkap kepada kekurangan ku..

Ya Allah jika dia benar untuk ku
dekatkanlah hatinya dengan hatiku..
jika dia bukan miliku damaikanlah hati ku dengan ketentuanMu..

Sabtu, 2 Jun 2012

hai..

assalamualaikum.... rasa nya dah lama aku tak tulis pa pe kat diari alam maya ku ini.. sepanjang tahun ni aku cukup sibuk dengan study, praktikal n yang lain2.. tak sangka pulak pejam celik pejam celik aku dah 2 tahun lebih study kat segi.. tinggal setahun lagi... huh! tak sabo rasanya nak menjejaki alam pekerjaan dan hidup berdikari.. penat juga study ni..alhamdulillah 2 tahun exam aku lepas n lulus dengan baik.. cuma kadang kala tu ada juga lah turun naik.. hehe.. normal2...

tahun ketiga ni aku nekad nak study habis habisan.. final year kan.. so nak tunggu ape lagi... study lah wei... huhuh.. kehidupan seharian aku pun berubah juga... pertama kali aku lega sebab parent aku dah tau hubungan aku dengan si dia.. alhamdulillah dorang terima si dia..dah setahun dah dia hadir dalam hidup aku... sekarang aku hanya mampu memohon pada Allah agar semuanya berjalan lancar... kedua, aku nak cari cara macam mane nak kurus..huhuhu.. susah no aku ni nak kurus...

hemmm aku tak tau nak tulis apa lagi..so aku berundur sekeap.. kalau ade masa lapang aku tulis lagi....

Sabtu, 24 Disember 2011

ku merindui saat-saat itu!!!!

assalamualaikum..... apa khabar kalian semua... entri aku pada kali ini betul2 mengingatkan aku pada saat2 itu.. saat2 aku berada dalam dunia persilatan.. sungguh aku amat merindui adik beradik dalam keluarga silat ku... bukan niat ku untuk menjauhi diri.... tapi aku sendiri keliru dengan  apa yang terjadi... aku ingin kembali.. tapi mampukah aku?? layak kah aku??? kenangan yang sukar untuk aku lupakan.... kenangan manis dan pahit.... yang paling indah selama aku menjadi anak gayong... adik2 ku.... dayangku niramizura, ira adora, eika natasha.... aku amat merindui kalian.... saat2 kita bersama.... sungguh aku amat merindui kalian... tapi ku hanya mampu melihat kalian dari kejauhan..... mengalir airmata ku mengenangkan kenangan kita bersama.... bukan aku ego.... tapi aku hanya lakukan demi kebaikan... insyaAllah kamek akan pulang balit dik.... kita akan balit kedak dolok agik... kamek sayang kitak orang semua.... kita empat dah janji kan.... apa apa pun terjadi kita akan bersama walaupun kamek akan berada terlalu jauh dari sisi kitak orang... ingatlah adik2 ku sayang.... kak meah masih kak meah yang dolok... tapi mungkin akan pergi jauh dari sisi kitak orang.... kamek sayang kitak semua dik... kamek sayang semua keluarga gayong kita... kamek hanya mampu berdoa dari jauh untuk kitak orang semua..... semoga keluarga gayong kita akan menempah suatu kejayaan yang membanggakan.... ZAT!!! ALLAHUAKHBAR!!!

Selasa, 15 November 2011

terlambat!!!

assalamualaikum.....
hari ni dalam sejarah mira lewat masuk kelas...
Ya Allah macam mana lah boleh terleka masuk kelas arini..
nasib kawan mira tolong mira "menyelinap masuk" kat kelas...
madam minta ampun ye......
terpaksa buat macam tu...
sebab ari ni last day kelas nursing science 7 dengan madam...
nanti tak berkat ilmu......
apa2 pun mira tak kan buat macam tu lagi....

^_^ .....

Jumaat, 28 Oktober 2011

restu ibu dan ayah

ayah dan ibu.....
satu anugerah yang tidak terhingga...
kerana mereka kita dilahirkan didunia...
kerana mereka kita dicorak menjadi insan yang soleh solehah... 
kerana mereka kita berjaya ke menara gading..
kerana mereka kita menjadi insan yang terdidik akhlak nya... 
kerana mereka kita menjadi insan yang tawadduk.. 


tapi fikirkan apa yang kita lakukan kerana mereka...
kerana kita mereka menjadi insan yang ketandusan kasih sayang seorang anak..
kerana kita yang tidak mengenang budi mereka menjadi penghuni rumah orang2 tua...
kerana kita mereka menderita di dalam hati tanpa sesiapa pun mengetahui nya... 
kerana kita mereka menjadi insan yang mudah mengalirkan airmata... 
kerana kita juga mereka menjadi seorang menumpang kasih anak orang lain...


layak kah kita digelar seorang anak yang soleh solehah... 
jika ini balasan yang kita berikan terhadap ibu dan ayah...
jangan susahkan hati mereka.... 
jangan mempersoalkan kenapa kita dilahirkan dalam keluarga miskin atau kaya...
jangan biarkan setitik airmata mereka mengalir kerana kita... 
jangan biarkan mereka ketandusan kasih sayang....


minta lah restu ibu dan ayah...
selagi mereka masih bernyawa....
selagi mereka mampu mengucap kata-kata...
selagi mereka mampu memberikan kasih sayang terhadap kita... 
selagi mereka masih memberikan pelukan kasih sayang kepada kita... 
hargai lah mereka...


bahagiakan mereka.... 
bukan dengan wang ringgit...
tapi kasih sayang yang teramat tinggi untuk mereka...
jangan kerana cinta kalian kalian mengabaikan mereka....
minta lah restu.... selagi mereka masih bernafas....
syurga dibawah telapak kaki ibu... kasih ayah tiada bandingan..... 


peringatan untuk diri saya sendiri... serta sahabat-sahabat yang sudi menjengah blog ini ^_^