Sabtu, 24 Disember 2011

ku merindui saat-saat itu!!!!

assalamualaikum..... apa khabar kalian semua... entri aku pada kali ini betul2 mengingatkan aku pada saat2 itu.. saat2 aku berada dalam dunia persilatan.. sungguh aku amat merindui adik beradik dalam keluarga silat ku... bukan niat ku untuk menjauhi diri.... tapi aku sendiri keliru dengan  apa yang terjadi... aku ingin kembali.. tapi mampukah aku?? layak kah aku??? kenangan yang sukar untuk aku lupakan.... kenangan manis dan pahit.... yang paling indah selama aku menjadi anak gayong... adik2 ku.... dayangku niramizura, ira adora, eika natasha.... aku amat merindui kalian.... saat2 kita bersama.... sungguh aku amat merindui kalian... tapi ku hanya mampu melihat kalian dari kejauhan..... mengalir airmata ku mengenangkan kenangan kita bersama.... bukan aku ego.... tapi aku hanya lakukan demi kebaikan... insyaAllah kamek akan pulang balit dik.... kita akan balit kedak dolok agik... kamek sayang kitak orang semua.... kita empat dah janji kan.... apa apa pun terjadi kita akan bersama walaupun kamek akan berada terlalu jauh dari sisi kitak orang... ingatlah adik2 ku sayang.... kak meah masih kak meah yang dolok... tapi mungkin akan pergi jauh dari sisi kitak orang.... kamek sayang kitak semua dik... kamek sayang semua keluarga gayong kita... kamek hanya mampu berdoa dari jauh untuk kitak orang semua..... semoga keluarga gayong kita akan menempah suatu kejayaan yang membanggakan.... ZAT!!! ALLAHUAKHBAR!!!

Selasa, 15 November 2011

terlambat!!!

assalamualaikum.....
hari ni dalam sejarah mira lewat masuk kelas...
Ya Allah macam mana lah boleh terleka masuk kelas arini..
nasib kawan mira tolong mira "menyelinap masuk" kat kelas...
madam minta ampun ye......
terpaksa buat macam tu...
sebab ari ni last day kelas nursing science 7 dengan madam...
nanti tak berkat ilmu......
apa2 pun mira tak kan buat macam tu lagi....

^_^ .....

Jumaat, 28 Oktober 2011

restu ibu dan ayah

ayah dan ibu.....
satu anugerah yang tidak terhingga...
kerana mereka kita dilahirkan didunia...
kerana mereka kita dicorak menjadi insan yang soleh solehah... 
kerana mereka kita berjaya ke menara gading..
kerana mereka kita menjadi insan yang terdidik akhlak nya... 
kerana mereka kita menjadi insan yang tawadduk.. 


tapi fikirkan apa yang kita lakukan kerana mereka...
kerana kita mereka menjadi insan yang ketandusan kasih sayang seorang anak..
kerana kita yang tidak mengenang budi mereka menjadi penghuni rumah orang2 tua...
kerana kita mereka menderita di dalam hati tanpa sesiapa pun mengetahui nya... 
kerana kita mereka menjadi insan yang mudah mengalirkan airmata... 
kerana kita juga mereka menjadi seorang menumpang kasih anak orang lain...


layak kah kita digelar seorang anak yang soleh solehah... 
jika ini balasan yang kita berikan terhadap ibu dan ayah...
jangan susahkan hati mereka.... 
jangan mempersoalkan kenapa kita dilahirkan dalam keluarga miskin atau kaya...
jangan biarkan setitik airmata mereka mengalir kerana kita... 
jangan biarkan mereka ketandusan kasih sayang....


minta lah restu ibu dan ayah...
selagi mereka masih bernyawa....
selagi mereka mampu mengucap kata-kata...
selagi mereka mampu memberikan kasih sayang terhadap kita... 
selagi mereka masih memberikan pelukan kasih sayang kepada kita... 
hargai lah mereka...


bahagiakan mereka.... 
bukan dengan wang ringgit...
tapi kasih sayang yang teramat tinggi untuk mereka...
jangan kerana cinta kalian kalian mengabaikan mereka....
minta lah restu.... selagi mereka masih bernafas....
syurga dibawah telapak kaki ibu... kasih ayah tiada bandingan..... 


peringatan untuk diri saya sendiri... serta sahabat-sahabat yang sudi menjengah blog ini ^_^

Ahad, 9 Oktober 2011

coretan ku

assalamualaikum...

kehidupan seorang gadis.. kehidupan seorang gadis yang cuba untuk mencari ketenangan yang hakiki... mungkin kita pernah mendengar seorang gadis akan merasa kesakitan yang teramat pedih apabila kehilangan orang yang disayangi... keluarga atau mungkin juga kekasih.. ya itu memang sudah menjadi kebiasaan kepada gadis yang meningkat remaja.. aku sendiri juga tidak lari kenyataan itu.. tapi bila kita memikirkan "apa gunanya sedih kerana sesuatu yang belum pasti" .. cinta sesama insan memang menyakitkan hati.. tapi jika cinta kerana Allah kita akan mampu membimbing hati kita sendiri.. tidak salah kita memohon kepada Allah untuk meminta jodoh yang terbaik untuk kita.. jika dia ditentukan menjadi milikku dekatkan lah hati nya dengan hatiku dalam redha Mu Ya Allah.. jika dia bukan untuk ku pasrah kan hatiku ke jalan Mu Ya Allah.. pimpinlah hatiku agar mencintainya tidak melebihi cintaku pada Mu Ya Allah.. Engkau lah cinta hakiki Ya Allah.. pimpinlah hati - hati kami ke jalan Mu.. jalan yang engkau redhai..

Rabu, 8 Jun 2011

insan...

insan... engkau sungguh istimewa...engkau bagaikan permata yang aku cari selama inidalam diam aku menyukai mu.. dalam diam ku mengasihi mu..dalam diam aku mula menyintai mu..kau menerima ku seadanya diriku..ingin sekali ku katakan pada duniabetapa aku manyayangi mu..
ku mengharapkan cinta yang diredhai ilahi..ku mengharapkan kasih yang utuh seperti.. kasih rasulullah terhadap isterinya khadijah..ku mengharapkan engkau lah yang terakhir dalam hidup ku..biarpun kita jauh namun hati kita dekat..
kita sering merindu...kita sering bergurau... kita sering merasakan perasaan yang sama..ku ingin sekali menemui mu...tapi kesabaran tetap menjadi penghalang...
di pulau impian ku mengharapkan kasih kita bersatu...bersatu untuk selamanya..walaupun hubungan kita masih baru...tapi perasaan sayang makin menebal di hati..mungkin aku bukan seperti wanita yang baik seperti yang lain...dan tidak sesempurna yang lain...tapi apa yang ku yakini.. dan apa yang selalu impikan...seorang kekasih yang boleh membimbing ku jalan Allah... dan menyayangiku kerana Allah... dan menjadi Imamku..dan menjagaku serta patuh terhadap ibu bapa nya...dan ku amat berharap engkau lah insan itu...
Ya Allah jika dia ditakdirkan untuk bersama2 ku..dekatkanlah hatinya dengan hatiku...Ya Allah jika dia bukan untuk ku... redhakan lah hatiku dengan ketentuanMu..


Ahad, 3 April 2011

antara realiti dan fantasi

assalamualaikum.. hari ini  aku menyedari 2 perkara yang bermain dalam hidup ku.. antara realiti dan fantasi.. aku masih teringat pesanan seorang yang sudah ku anggap seperti abg ku sendiri... beliau pernah menyatakan "cinta itu memang menyakitkan.. tetapi bila Allah dah tetapkan jodoh kita kita akan merasakan yang kesakitan itu akan hilang dan kebahagiaan akan tiba.." kini aku merasakan suatu perasaan yang amat aneh sekali.. dimana aku tersepit diantara realiti dan fantasi..realiti yang ku maksudkan disini adalah kisah hidupku.. aku mengaku aku bukanlah seorang gadis yang sempurna dan pernah lalai dengan duniawi.. tapi tak bermakna aku mudah untuk diperlekehkan kerana aku adalah manusia yang juga punya hati dan perasaan..hari ini hari yang amat ku rasakan amat keliru dan tidak tenang .. aku hanya memerlukan ketenangan dan aku pergi merayau2 sekitar bandar kuching seorang diri.. bukan merayau ke tempat yang tak berfaedah.. aku masih ingat pesanan orang tuaku.. kadang-kadang aku terfikir untuk terus hidup di alam fantasi dimana aku tak perlu memikirkan segala masalah yang melanda hatiku...dan aku akan hidup dalam duniaku sendiri.. MasyaAllah.. jauh sekali aku berfikir...


2008 realiti


tahun 2008 aku merupakan seorang gadis yang baru kenal erti dunia luar.. aku seperti terkena penyakit "culture shock" .. bukan seperti tapi memang pun.. aku pernah lalai.. tapi aku masih menjaga maruah diri dan keluarga ku... aku masih ingat siapa aku.. tetapi itulah satu kelemahan seorang gadis seperti ku... jika iman tidak ditambah dan diperkukuhkan maka akan terjadi lah sesuatu yang disuakai syaitan durjana... aku hampir ke lorong hitam.. tapi aku telah diselamatkan oleh seorang sahabat yang tidak ingin sahabatnya pergi jauh ke lorong hitam.. Nazrin.. sahabat yang banyak membantu aku dan menasihati ku... begitu juga seorang sahabatku yang aku tak dapat mention namanya disini kerana aku hendak menjaga hatinya.. mereka berdua telah menyedarkan ku yang cinta berlandaskan nafsu hanya akan menyebab kan kesakitan yang mungkin akan berkekalan sepanjang hidup.. Ya Allah jauh sungguh aku menyimpang dahulu... dan aku begitu tegar menyakiti sekeping hati seorang lelaki yang terlalu baik dengan ku.. arghhh itu cerita lama.. biarlah ianya bahagia dengan gadis yang selayak nya... dan gadis itu bukan aku.. 


2009 realiti 


aku bermula mengikuti pertubuhan silat seni gayong malaysia sarawak yang berjaya menjadikan aku seorang manusia yang mengerti erti kasih sayang sebuah keluarga walaupun tiada pertalian darah.. sungguh ku terharu dengan kejujuran dan ketabahan seorang insan yang bernama guru dan juga seorang abang.. seorang insan yang bertulangbelakangkan seorang isteri yang mempunyai ketabahan hati yang amat kental sekali.. ingin sekali aku mencontohi hati wanita yang sudah pun ku anggap seperti kakak ku sendiri.. bagaimanakah hati nya boleh sekental dan setabah itu walaupun diuji dengan pelbagai dugaan dan ujian yang Allah berikan... 
tahun ini juga aku dan 9 orang saudara segayong telah mengikuti Pertandingan Seni mempertahankan diri di Alor Setar Kedah.. hasil penat lelah kami berjaya membawa pulangan yang amat baik .... kejayaan yang aku sendiri tidak menyangka...ini semua adalah hasil perjuangan guruku Cikgu muhammad Khawar Hezazy dan dibantu oleh isterinya yang tercinta Dayang khalizah.. aku mendoakan agar mereka dikurniakan permata hati dan kasih mereka hingga ke akhir hayat... AMIN.. inilah yang mampu ku lakukan sebagai membalas budi mereka berdua.. bukan wang ringgit yang dapat menilai perjuangan mereka... kerana perjuangan mereka sekeluarga yang membawa Gayong ke sarawak tidak ternilai harganya.. dan sesungguhnya aku amat menyayangi mereka semua! aku hanya mampu mendoakan ketenangan dan mengharapkan Allah meredhakan segala urusan kereka... AMIN... dan ini juga lah tahun terakhir aku berlatih... kerana sebab2 yang tertentu aku berhenti seketika.. tapi aku berjanji akan kembali.. maka aku akan kembali!!!


2010 fantasi dan realiti


tahun ini aku kecundang dengan perasaan aku sendiri... cinta.. keluarga..silat.. cinta ku berada di alam fantasi dan realiti... aku terluka dan teramat kecewa... keluarga aku tersepit... aku kecundang dalam SPM.. demi keluarga tercinta aku terpaksa tinggalkan latihan silatku sementara... dan menyambung pelajaran dalam bidang yang amat ku tidak sukai... aku tersepit... dan pernah ku ingin melakukan perkara yang teramat bodoh... tapi ku dihalang oleh seseorang... boleh ku katakan 2010 adalah tahun yang amat menyedihkan ku....


nanti aku sambung lagi... 


2011 realiti vs fantasi


tahun ni aku byk menghabiskan masa dengan study dan fokus dengan apa yang aku rasakan aku mampu buat... jadi langkah pertamanya aku cuba untuk melupakan apa yang patut aku lupakan. hidup memang suatu realiti dan bukan fantasi... aku menyedarinya sejak aku terjatuh dan tewas dengan perasaan ku sendiri.. jadikan pengalaman masa lalu itu satu titik tolak untuk aku mengejar kejayaan.. demi keluarga ku yang tercinta... percintaan ku kini adalah satu fantasi... kerana aku tak nak mengecewakan dan dikecewakan... kan bagus begitu... percintaan ku di alam fantasi yang ku reka sendiri... tanpa menyakiti hati orang lain dan hanya hatiku sahaja yang mengetahui... lebih baik begitu kan... jadi aku tak kan menyakiti dan menyebabkan orang lain sakit... 


itulah yang ku maksudkan dengan fantasi dan realiti yang ku sedang hadapi kini... aku berada di antara garisan.. dan aku mencari ketenangan hidupku sendiri... 
wasalam... semoga bertemu di lain catatan...