Jumaat, 28 Oktober 2011

restu ibu dan ayah

ayah dan ibu.....
satu anugerah yang tidak terhingga...
kerana mereka kita dilahirkan didunia...
kerana mereka kita dicorak menjadi insan yang soleh solehah... 
kerana mereka kita berjaya ke menara gading..
kerana mereka kita menjadi insan yang terdidik akhlak nya... 
kerana mereka kita menjadi insan yang tawadduk.. 


tapi fikirkan apa yang kita lakukan kerana mereka...
kerana kita mereka menjadi insan yang ketandusan kasih sayang seorang anak..
kerana kita yang tidak mengenang budi mereka menjadi penghuni rumah orang2 tua...
kerana kita mereka menderita di dalam hati tanpa sesiapa pun mengetahui nya... 
kerana kita mereka menjadi insan yang mudah mengalirkan airmata... 
kerana kita juga mereka menjadi seorang menumpang kasih anak orang lain...


layak kah kita digelar seorang anak yang soleh solehah... 
jika ini balasan yang kita berikan terhadap ibu dan ayah...
jangan susahkan hati mereka.... 
jangan mempersoalkan kenapa kita dilahirkan dalam keluarga miskin atau kaya...
jangan biarkan setitik airmata mereka mengalir kerana kita... 
jangan biarkan mereka ketandusan kasih sayang....


minta lah restu ibu dan ayah...
selagi mereka masih bernyawa....
selagi mereka mampu mengucap kata-kata...
selagi mereka mampu memberikan kasih sayang terhadap kita... 
selagi mereka masih memberikan pelukan kasih sayang kepada kita... 
hargai lah mereka...


bahagiakan mereka.... 
bukan dengan wang ringgit...
tapi kasih sayang yang teramat tinggi untuk mereka...
jangan kerana cinta kalian kalian mengabaikan mereka....
minta lah restu.... selagi mereka masih bernafas....
syurga dibawah telapak kaki ibu... kasih ayah tiada bandingan..... 


peringatan untuk diri saya sendiri... serta sahabat-sahabat yang sudi menjengah blog ini ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan