Ahad, 6 Januari 2013

hati kecil ini berbicara...

assalamualaikum...
sudah lama tidak ku kunjungi diari alam maya ku ini , aku berharap tak terlambat lagi untuk mengucapkan selamat tahun baru 2013.. kenangan di tahun 2012 tidak akan pernah ku lupakan. entry ku kali ini ku tulis kerana aku sendiri sering memikirkanya..

hati kecil ini berbicara...
Ya Allah layak kah aku menjadi seorang wanita solehah..
layak kah aku bergelar seorang anak yang taat..
layak kah aku menjadi seorang isteri yang solehah buat suami ku..
layakkah aku bergelar ahli syurga..

Ya Allah sungguh kerdil rasa hati ku ini...
aku tidak kuat mengharungi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan..
aku tidak kuat untuk menegakkan keadilan..
aku tidak kuat mempertahankan orang yang berada disekelilingku..

Ya Allah kuatkan lah hati nya mengharungi cabaran dan dugaan dalam hidup..
engkau pimpinlah hatinya agar mencintai ku kerana Mu..
engkau teguhkan lah kasih antara kami..
jadikanlah kami anak yang soleh dan solehah..
terangkan lah hati kami Ya Allah...
satukan lah cinta kami dalam lingkungan kasih Mu ya Allah..
jadikanlah dia Imamku yang membimbing ku ke arah Mu..
sesungguhnya kini dia lah yang terbaik untuk ku..
tidak mampu untuk ku melepaskan nya untuk mencari yang lebih baik..
kuatkan lah hati kami untuk menerima kebaikan dan keburukan masing-masing...
biarlah aku yang menjadi pelengkap kepada kekurangan nya
dan biarlah dirinya yang menjadi pelengkap kepada kekurangan ku..

Ya Allah jika dia benar untuk ku
dekatkanlah hatinya dengan hatiku..
jika dia bukan miliku damaikanlah hati ku dengan ketentuanMu..