Ahad, 3 April 2011

antara realiti dan fantasi

assalamualaikum.. hari ini  aku menyedari 2 perkara yang bermain dalam hidup ku.. antara realiti dan fantasi.. aku masih teringat pesanan seorang yang sudah ku anggap seperti abg ku sendiri... beliau pernah menyatakan "cinta itu memang menyakitkan.. tetapi bila Allah dah tetapkan jodoh kita kita akan merasakan yang kesakitan itu akan hilang dan kebahagiaan akan tiba.." kini aku merasakan suatu perasaan yang amat aneh sekali.. dimana aku tersepit diantara realiti dan fantasi..realiti yang ku maksudkan disini adalah kisah hidupku.. aku mengaku aku bukanlah seorang gadis yang sempurna dan pernah lalai dengan duniawi.. tapi tak bermakna aku mudah untuk diperlekehkan kerana aku adalah manusia yang juga punya hati dan perasaan..hari ini hari yang amat ku rasakan amat keliru dan tidak tenang .. aku hanya memerlukan ketenangan dan aku pergi merayau2 sekitar bandar kuching seorang diri.. bukan merayau ke tempat yang tak berfaedah.. aku masih ingat pesanan orang tuaku.. kadang-kadang aku terfikir untuk terus hidup di alam fantasi dimana aku tak perlu memikirkan segala masalah yang melanda hatiku...dan aku akan hidup dalam duniaku sendiri.. MasyaAllah.. jauh sekali aku berfikir...


2008 realiti


tahun 2008 aku merupakan seorang gadis yang baru kenal erti dunia luar.. aku seperti terkena penyakit "culture shock" .. bukan seperti tapi memang pun.. aku pernah lalai.. tapi aku masih menjaga maruah diri dan keluarga ku... aku masih ingat siapa aku.. tetapi itulah satu kelemahan seorang gadis seperti ku... jika iman tidak ditambah dan diperkukuhkan maka akan terjadi lah sesuatu yang disuakai syaitan durjana... aku hampir ke lorong hitam.. tapi aku telah diselamatkan oleh seorang sahabat yang tidak ingin sahabatnya pergi jauh ke lorong hitam.. Nazrin.. sahabat yang banyak membantu aku dan menasihati ku... begitu juga seorang sahabatku yang aku tak dapat mention namanya disini kerana aku hendak menjaga hatinya.. mereka berdua telah menyedarkan ku yang cinta berlandaskan nafsu hanya akan menyebab kan kesakitan yang mungkin akan berkekalan sepanjang hidup.. Ya Allah jauh sungguh aku menyimpang dahulu... dan aku begitu tegar menyakiti sekeping hati seorang lelaki yang terlalu baik dengan ku.. arghhh itu cerita lama.. biarlah ianya bahagia dengan gadis yang selayak nya... dan gadis itu bukan aku.. 


2009 realiti 


aku bermula mengikuti pertubuhan silat seni gayong malaysia sarawak yang berjaya menjadikan aku seorang manusia yang mengerti erti kasih sayang sebuah keluarga walaupun tiada pertalian darah.. sungguh ku terharu dengan kejujuran dan ketabahan seorang insan yang bernama guru dan juga seorang abang.. seorang insan yang bertulangbelakangkan seorang isteri yang mempunyai ketabahan hati yang amat kental sekali.. ingin sekali aku mencontohi hati wanita yang sudah pun ku anggap seperti kakak ku sendiri.. bagaimanakah hati nya boleh sekental dan setabah itu walaupun diuji dengan pelbagai dugaan dan ujian yang Allah berikan... 
tahun ini juga aku dan 9 orang saudara segayong telah mengikuti Pertandingan Seni mempertahankan diri di Alor Setar Kedah.. hasil penat lelah kami berjaya membawa pulangan yang amat baik .... kejayaan yang aku sendiri tidak menyangka...ini semua adalah hasil perjuangan guruku Cikgu muhammad Khawar Hezazy dan dibantu oleh isterinya yang tercinta Dayang khalizah.. aku mendoakan agar mereka dikurniakan permata hati dan kasih mereka hingga ke akhir hayat... AMIN.. inilah yang mampu ku lakukan sebagai membalas budi mereka berdua.. bukan wang ringgit yang dapat menilai perjuangan mereka... kerana perjuangan mereka sekeluarga yang membawa Gayong ke sarawak tidak ternilai harganya.. dan sesungguhnya aku amat menyayangi mereka semua! aku hanya mampu mendoakan ketenangan dan mengharapkan Allah meredhakan segala urusan kereka... AMIN... dan ini juga lah tahun terakhir aku berlatih... kerana sebab2 yang tertentu aku berhenti seketika.. tapi aku berjanji akan kembali.. maka aku akan kembali!!!


2010 fantasi dan realiti


tahun ini aku kecundang dengan perasaan aku sendiri... cinta.. keluarga..silat.. cinta ku berada di alam fantasi dan realiti... aku terluka dan teramat kecewa... keluarga aku tersepit... aku kecundang dalam SPM.. demi keluarga tercinta aku terpaksa tinggalkan latihan silatku sementara... dan menyambung pelajaran dalam bidang yang amat ku tidak sukai... aku tersepit... dan pernah ku ingin melakukan perkara yang teramat bodoh... tapi ku dihalang oleh seseorang... boleh ku katakan 2010 adalah tahun yang amat menyedihkan ku....


nanti aku sambung lagi... 


2011 realiti vs fantasi


tahun ni aku byk menghabiskan masa dengan study dan fokus dengan apa yang aku rasakan aku mampu buat... jadi langkah pertamanya aku cuba untuk melupakan apa yang patut aku lupakan. hidup memang suatu realiti dan bukan fantasi... aku menyedarinya sejak aku terjatuh dan tewas dengan perasaan ku sendiri.. jadikan pengalaman masa lalu itu satu titik tolak untuk aku mengejar kejayaan.. demi keluarga ku yang tercinta... percintaan ku kini adalah satu fantasi... kerana aku tak nak mengecewakan dan dikecewakan... kan bagus begitu... percintaan ku di alam fantasi yang ku reka sendiri... tanpa menyakiti hati orang lain dan hanya hatiku sahaja yang mengetahui... lebih baik begitu kan... jadi aku tak kan menyakiti dan menyebabkan orang lain sakit... 


itulah yang ku maksudkan dengan fantasi dan realiti yang ku sedang hadapi kini... aku berada di antara garisan.. dan aku mencari ketenangan hidupku sendiri... 
wasalam... semoga bertemu di lain catatan...